Translate

Senin, 12 September 2011

PUISI DAN NASEHAT UNTUK CALON ISTRI

Semoga dengan buku serta kutipan puisi, dirimu mampu menjaga adab dan martabat kelaurgamu di kemudian hari, hingga menjadi keluarga sakinah, mawadah dan warohmah Diberikan keturunan yang soleh dan solehah, yang mengangkat keluargamu kelak…. Amin Ya Robilalamin “Wasiat Seorang Ibu terhadap kecintaan Putrinya” Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:” Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya , Tetapi ! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami, Tetapi ! Wanita dicipta untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita. Berceraila kau dari ayunan buaianmu meninggalkan teratak tempat besarmu melangkah menuju ke alam baru yang belum kenal yang belum biasa Kau milik suamimu anggap dirimu sebagai hamba tentunya suamimu jadi teman yang paling setia Bawalah wasiat dariku sepuluh sifat sebagai bekalan perjalanan menuju alam bahagia Relakan hatimu sekadar yang ada semoga suci hatimu dengan taat setia dan hulur tanganmu tanda mahu berganding bahu jauhkan dirimu dari segala yang jelek yang dihidu atau dipandang mata juga awasi gerak lakumu agar tidak sumbang mengguris rasa Sembunyikan suram wajahmu gantikan ia dengan sinar secerah sang suria pagi Dan badan yang semerbak harum bermandikan bauan mata berpasak, kening bercelaI itu menambah seri itu membankitkan berahi dan……………. air cukup memada bagi yang tiada Jaga masa makannya juga waktu tidurnya kerana, perut kosong hilang bicara mata mengantuk hilang kesabaran di dada Kunci mulutmu tabahkan hatimu badanmu terselamat jiwa temanmu tidak terseksa Simpan dulu kerianganmu di kala dia berduka pendamkan kesedihanmu di kala dia bergembira akibat aksi tidak senada hilang simpatimu disebab pertama keruh suasana disebab kedua Hulur tanganmu…… andai kau menghulur sebelah tangan nescaya dia menghulur kedua belah tangan tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan Ketahuilah ! Kasihmu tiada sampai ke mana Jika hatimu berdua tidak sejiwa kasih kau, kasihlah dia benci kau, bencilah dia Allah saja yang menentukan nasibmu." "Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan. Aku sudahi dengan nama Allah, semoga Dia memberi taufik dan hidayat. Sahabatmu Muhamad Mahsun

Tidak ada komentar:

Posting Komentar